Aku ni boleh juga la dikatakan jiwang..hehe..
Ada la hari tu aku update 1 status dkat facebook..
Bacalah kat bawah..
JANGAN LIKE ATAU COMMENT KALAU TAK BACA TERLEBIH DAHULU !!!
HyE buat para pencinta di muka buku..:)
Kalaulah anda mempunyai perasaan suka atau minat terhadap
jejaka / gadis lain di saat anda sudah mempunyai kekasih, lebih baik
sembunyikan daripada kekasih anda.
Kenapa saya berkata sedemikian sudah tentu menjadi tanda
tanya anda selepas membaca ayat di atas kan?? Jadi saya akan memberitahu
sekarang sebab saya berkata sedemikian.
Hal ini kerana, jika anda mempunyai perasaan terhadap jejaka
/gadis lain di saat anda mempunyai kekasih dan memberitahu si dia bahawa anda
menaruh perasaan terhadap jejaka / gadis lain pasti akan membuat si dia sedih
dan yang penting sekali si dia akan mulai meragui kesetiaan anda terhadapnya.
AKAN TETAPI...
Jika anda mempunyai niat untuk memiliki jejaka / gadis lain
selain si dia yang sudah menjadi kekasih anda, lebih baik anda memberitahu
kepada si dia & meminta kata putus meskipun pahit untuk si dia telan dan
sukar untuk si dia terima penjelasan anda. Malah si dia mungkin akan marah
tetapi perasaan marah itu hanya sementara.
Mengapa saya katakan perasaan marah tersebut hanya sementara
sahaja ??
Sebab saya mengatakan sedemikian ialah kekasih anda akan
merasa lebih sakit hati jika dia tahu anda bermain kayu tiga dibelakangnya
lebih-lebih lagi jika si dia tahu daripada mulut orang lain. Secara tidak
langsung, keadaan sebegini akan mengundang perasaan benci dan dendam si dia
terhadap anda.
*Jadi, apa yang sy ingin smpaikn di sini ialah..berlaku
jujurlah dalam perhubungan andai anda x mampu utk mencintai dan menyayangi si
dia lagi dan jangan sesekali cuba untuk melukakan hati si dia sebab semua itu
akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mereka yang mengalaminya. :) *
#this is my own words..no copy n paste from other part#

No comments:
Post a Comment